Mengapa manusia wujud di dunia ini?
Untuk apa? Apa tujuan hidup manusia di dunia ini?
Ke mana
kita akan pergi dan ke mana akhirnya kehidupan ini? Sebahagian orang ada
yang memilih untuk tidak mahu pening – pening memikirkan pertanyaan di
atas kerana menganggap tiada kaitannya dengan kehidupan yang nyata.
Hidup tanpa tujuan akan membuat hidup kita terasa hampa. Tanpa mengenal tujuan hidup, kehidupan ini menjadi sesuatu yang rutin dan membosankan.
Manusia
umumnya takut dengan sesuatu yang tidak diketahuinya atau tidak
dikuasainya. Misalnya yang paling sederhana, manusia biasanya takut atau
sekurang – kurngnya tidak selesa berada di tempat gelap.
Mengapa?
Kerana di
tempat gelap kita tidak dapat menguasai situasi. Kita tidak tahu ada
apa di sekitar kita. Apakah ada sesuatu yang membahayakan kita atau
tidak.
Sehingga
di tempat gelap kita selalu diliputi perasaan was-was, ragu-ragu dan
khuatir. Oleh kerana itu kebanyakan orang tidak mahu memasuki ruangan
yang gelap.
Demikian
juga orang yang tidak tahu tujuan hidupnya selalu diliputi keraguan.
Kerana mereka tidak tahu ke mana akhirnya kehidupan ini. Mereka tidak
tahu apa yang akan terjadi setelah mati.
Orang
seperti ini ibarat disuruh memasuki ruangan yang gelap, dia dibayangi
ketakutan akan sesuatu yang tidak diketahuinya mengenai kematian. Dia
akan berusaha memuaskan hidupnya di dunia seolah-olah dia akan kekal di
dalamnya.
Padahal dia tahu bahawa setiap orang pasti akan mati, hanya dia sengaja tidak mahu memikirkannya ketidaktahuannya itu.
Ada pula
orang yang merasa memiliki tujuan hidup namun tujuan yang dipilihnya
adalah salah. Orang yang salah dalam menentukan tujuan hidup akan merasa
tidak tenang.
Mengapa
tidak tenang? Kerana umumnya orang yang tidak mengetahui hakikat tujuan
hidup yang sebenarnya, dia cenderung untuk menggantungkan tujuan hidup
ini dengan sesuatu yang bersifat duniawi.
Padahal
sesuatu yang bersifat duniawi adalah tidak kekal. Sehingga suatu masa
apabila harta yang menjadi tujuannya tersebut gagal tercapai atau hilang
musnah, maka dia akan stress dan kekecewaan sehingga diakhiri dengan
bunuh diri.
Allah
berfirman di dalam Al-Qur’an bahawa tujuan manusia dihidupkan di muka
bumi ini tidak lain adalah untuk beribadah kepadaNya.
“Aku tidak menjadikan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu” (Q.S. 51:56)
Kewajipan
kedua, seorang hamba ialah harus memandang tuannya sebagai yang berhak
mengatur dan memerintah dirinya. Sebagai kesannya dia harus patuh kepada
semua perintah Tuannya.
Tentu
tidak dibenarkan apabila seorang hamba mematuhi sebahagian perintah
tuannya tetapi membangkang terhadap sebahagian perintah lain. Untuk
dapat melaksanakan perintah tuannya tersebut, seorang hamba harus
mempelajari dengan teliti apa yang dikehendaki dan dimahukan oleh
tuannya.
Kewajipan
ketiga seorang hamba adalah menghormati dan menghargai tuannya.
Hambaharus mengikuti tatacara yang ditentukan tuannya dan harus
memberikan sikap hormat dan menyatakan sumpah setia pada saat-saat
tertentu.
Inilah
yang diperintahkan Allah melalui upacara ritual yang bernama solat.
Dimana dalam solat tersebut kita diminta untuk mengucapkan sumpah setia
lima kali dalam sehari.
Dalam solat tersebut kita juga diminta membaca sebahagian surah Al-Qur’an supaya kita mengingati perintah-perintah Allah
Penutup
Kita
sebagai wakil Allah yang mulia dimuka bumi, maka fasiliti yang diberikan
untuk menyokong pelaksanaan tugas sehingga dapat dimanfaatkan oleh
manusia. Allah juga memberi bekal rezeki yang cukup kepada manusia.
“Dan sungguh telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan lautan, Kami beri mereka rezki yang baik dan kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna di atas makhluk lain yang telah kami ciptakan” (Q.S. Al Israa’ : 70)
No comments:
Post a Comment