.


Tuesday, 29 October 2013

FRIEND UNTIL JANNAH

Assalamualaikum kawan-kawan..
pagi yg cukup indah di UKM nie, cuaca yg x bpe panas , redup je..
hm.. hari ni Nad nak cte sdkit pasal "KAWAN"...
Semua org ada kawan , tp , kwn yg sggup bsusah senang bsama tu tsgtlah jarang untuk kte dapat..
knp jadi mcm tu ea???
Mungkinkah sbb kita ni terlalu PENTINGKAN DIRI SENDIRI??? xnak tbeban dgn mslh org laen??
hm....

Nad ada tbaca dalam satu artikel nie...katanya :
Berhati-hatilah dalam memilih kawan, kerana kawan boleh mencerminkan peribadi seseorang. Sebaik baiknya, berkawanlah kerana Allah untuk mencari redhaNya.
selari dengan hadith Rasulullah SAW,
Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya. ~ Hadis riwayat Abu Daud
Bagaimanapun, apabila kita memilih kawan, ada yang ‘mengecop’ kita pilih bulu dan perasan bagus. Tak kurang juga yang mengkritik tindakan seumpama itu dengan mengada-ngada serta tidak wajar dijadikan amalan.
Namun hakikatnya, faktor memilih kawan amat dititik-beratkan dalam agama kita. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang mulia, kerana kawan atau sahabat memainkan peranan dalam membentuk personaliti individu. Maka, carilah kawan baik yang cara hidupnya selari dengan petunjuk al-Quran dan al-Sunnah. Tetapi dalam kita mencari kawan yang baik, kita seharusnya terlebih dahulu memperbaiki diri sendiri dan menjadi kawan yang ‘terbaik’ untuk sesiapa yang menjadi kawan kita. Barulah fair!
Dalam artikel ,berikut adalah 5 tips dalam memilih sahabat yang dipetik dari kitab Hidayatul Salikin
  1. Pilih kawan  yang berakal. Berkawan dengan orang yang jahil akan menimbulkan persengketaan.
  2. Baik dari segi peribadi dan akhlaknya. Elakkan bersahabat dengan orang yang jahat dan buruk perangainya kerana ianya akan mempengaruhi kita.
  3. Orang yang soleh. Jangan berkawan dengan orang yang fasik kerana ianya akan sentiasa mengekalkan dosa yang besar dan kecil.
  4. Jangan berkawan dengan orang yang sangat kasih pada dunia. Kasih pada dunia di sini bermaksud sesuatu perkara yang bertentangan dengan suruhan Allah. Jika berkawan dengan orang yang sebegini, dia akan terikut-ikut dengan tabiat rakannya.
  5. Orang yang benar perkataannya. Janganlah suka berkawan dengan orang yang suka berdusta. Orang yang suka berdusta itu tidak dapat dipercayai agama dan dunianya. Demikian itu akan membawa kepada kebinasaan dunia.
Kita boleh berkawan dengan sesiapa sahaja. Namun untuk mengangkat seseorang sebagai BFF, perhatikanlah sungguh-sungguh agamanya. Pilihlah kawan yang baik yang boleh mendorong kita mencapai kebahagiaan di dunia mahupun akhirat, bukan kawan yang membantutkan usaha kita ke arah itu dan melalaikan kita kepada Maha Pencipta.

Saturday, 26 October 2013

SHARING IS CARING ( ISLAM ITU INDAH)

ASSALAMUALAIKUM... 
hai kawan-kawan.. hari nie Nad nak share sikit info mengenai amalan yg boleh di lakukan oleh WANITA ketika sedang haid... simple jer benda nie , xsusah pun.. hope kita sama-sama dapat amalkan.. 
JOM SAMA-SAMA BERUBAH..
in syaa ALLAH..




Friday, 25 October 2013

hati seorang WANITA

Allah menciptakan kaum kita dengan hati yang dihiasi dengan kelembutan.
Hati yang diselaputi dengan kesabaran.
Hati yang tahan untuk disakiti.

Hati yang belajar erti taat dan setia.

Dengan kelembutan hati wanita lah yang dapat mententeramkan jiwa lelaki
yang dipanggil suami
Dengan kesabaran hati wanitalah yang dapat mendidik anak-anak hingga dewasa
Dengan hati wanita lah yang dapat menahan segala karenah anak dan
suami walau disakiti
Dengan hati inilah wanita mencurahkan segala kasih sayang dan
kesetiaan yang tidak
berbelah bagi kepada seorang suami.
Muslimah sekalian,
Sedarkah kita secara fitrahnya Allah menciptakan kita dengan hati yang kuat.
Terkadang emosi kita yang lebih menguasai hati membuatkan kita lupa
betapa tabah dan kuatnya hati ini.
Betapa cantik dan indahnya Allah ciptakan wanita itu dengan kelembutan
dan kekuatan yang ada pada kita.
Bertambah cantik lagi seorang wanita yang menghiasi emosi dan hatinya
dengan cinta kepada Illahi.
Wahai wanita,
Jika kita sedar betapa kuat Allah ciptakan kita,janganlah kita mudah
jatuh pada satu ujian yang diberiNya.
Emosi yang dianugerahkan Allah kepada kita adalah tanda betapa hati
wanita ini sangat peka.
Peka dengan kehendak dan hati sang suami dan anak-anak.
Bukan tanda kelemahan tetapi sebagai pelengkap dalam rumahtangga.
Jika kita jatuh hari ini,bangunlah.
Jangan pernah dikesalkan.
kerana
Hari ini mengajar kita tentang hari esok.
Agar pengalaman hari ini membuat kita lebih bersedia dan lebih
mengingatiNya pada perjalanan kita yang seterusnya.
Insyaallah.

Friday, 18 October 2013

Insan yg bergelar HAMBA ALLAH






 Ya Allah, jika aku jatuh cinta, 
cintakanlah aku seseorang yg melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu..
    Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu..
Ya Allah, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yg hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dlm jurang cinta semu..
Ya Rabbi, jika aku jatuh hati,
 jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu..
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yg merindui syahid di jalan-Mu..
Ya Allah, jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu..





Monday, 14 October 2013

Kelebihan Puasa Hari Arafah






Puasa hari Arafah jatuh pada 9 Dzulhijjah.  Ia disunatkan kepada orang yang tidak menunaikan haji, iaitu bagi bukan jemaah haji.  Antara kelebihan puasa sunat hari `Arafah ialah:

1)  Diampuni dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang.

Dari Abu Qatadah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian Baginda menjawab:

َََيُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَ الْبَاقِيَة

“Puasa itu (puasa hari `Arafah) dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.”
(HR Muslim)

2)  Amalan terbaik yang disukai ALLAH Ta`ala kerana ia termasuk dari 10 hari pertama dari bulan Dzulhijjah. 

Dari Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhuma bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda:

مَا مِنْ اَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا اَحَبُّ اِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الْاَيَّامِ, يَعْنِي اَيَّامَ الْعَشْرِ, قَالُوا:  يَا رَسُولَ اللهِ, وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ؟  قَالَ:  وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ, اِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ شَيْءٌ

“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi ALLAH selain dari hari-hari yang sepuluh ini (pada bulan Zulhijjah).”
Para sahabat bertanya: ”Walaupun berjihad di jalan ALLAH?”
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:  “Walaupun berjihad di jalan ALLAH, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).”
(HR al-Bukhari)

3)  Hari yang paling banyak dibebaskan dari api neraka.

Dari `A’isyah radhiAllahu `anha berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda:

َمَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْدًا مِنْ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَة

“Tidak ada hari yang lebih ramai ALLAH Ta`ala membebaskan hambaNYA daripada api neraka lebih daripada hari `Arafah.”
(HR Muslim)
Bagi jemaah haji, mereka tidak disunatkan berpuasa.  Malah disunatkan berbuka sebagai mengikut Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam dan supaya dia tetapkuat dan gagah untuk memperbanyakkan doa pada hari tersebut.
Semoga ALLAH Ta`ala memberikan kita hidayah dan taufiq untuk dapat melaksanakan ibadah puasa sunat hari `Arafah dan mengecapi kelebihan-kelebihan daripadanya, amin…

Wednesday, 9 October 2013

ISLAM is The Way of Life


MUTIARA KATA

Ya ALLAH..
Jika suatu saat aku KEHILANGAN harapan dan tujuanku,
Berikanlah aku KEYAKINAN bahawa TAKDIRMU
adalah lebih baik daripada apa yg aku inginkan dan impikan...
KAU damaikan hatiku untuk menerima TAKDIRMU ,
kerana aku YAKIN dan PERCAYA perancangan-MU 
adalah yang TERBAIK dan TERINDAH buatku.....

Sunday, 6 October 2013

KHAS BUAT SAHABATKU





Saudaraku,

Berbahagialah hari ini. Berbahagialah untuk setiap kebahagiaan yang engkau rasakan di hati. Tidak perlu kau ukur dengan besar atau kecilnya nilai berbahagia itu.

Berbahagialah walau sekadar berwajah ceria dan sepatah kata dan salam.

Tetaplah berbahagia dan tersenyum dalam rangka mensyukuri segala anugerah-Nya hari ini.

Tetaplah berbahagia dan tersenyum seperti mentari yang tidak menunda kehadirannya meskipun mendung menyelimuti indah sinarnya hari ini...


MATLAMAT HIDUP SEORANG INSAN


Mengapa manusia wujud di dunia ini?

Untuk apa? Apa tujuan  hidup manusia di dunia ini?

Ke mana kita akan pergi dan ke mana akhirnya kehidupan ini? Sebahagian orang ada yang memilih untuk tidak mahu pening – pening memikirkan pertanyaan di atas kerana  menganggap tiada kaitannya dengan kehidupan yang nyata.
Hidup tanpa tujuan akan membuat hidup kita terasa hampa. Tanpa mengenal tujuan hidup, kehidupan ini menjadi sesuatu yang rutin dan membosankan.
Manusia umumnya takut dengan sesuatu yang tidak diketahuinya atau tidak dikuasainya. Misalnya yang paling sederhana, manusia biasanya takut atau sekurang – kurngnya tidak selesa berada di tempat gelap.
Mengapa?
Kerana di tempat gelap kita tidak dapat menguasai situasi. Kita tidak tahu ada apa di sekitar kita. Apakah ada sesuatu yang membahayakan kita atau tidak.
Sehingga di tempat gelap kita selalu diliputi perasaan was-was, ragu-ragu dan khuatir. Oleh kerana itu kebanyakan orang tidak mahu  memasuki ruangan yang gelap.
Demikian juga orang yang tidak tahu tujuan hidupnya selalu diliputi keraguan. Kerana mereka tidak tahu ke mana akhirnya kehidupan ini. Mereka tidak tahu apa yang akan terjadi setelah mati.
Orang seperti ini ibarat disuruh memasuki ruangan yang gelap, dia dibayangi ketakutan akan sesuatu yang tidak diketahuinya mengenai kematian.  Dia akan berusaha memuaskan hidupnya di dunia seolah-olah dia akan kekal di dalamnya.
Padahal dia tahu bahawa setiap orang pasti akan mati, hanya dia sengaja tidak mahu memikirkannya  ketidaktahuannya itu.
Ada pula orang yang merasa memiliki tujuan hidup namun tujuan yang dipilihnya adalah salah. Orang yang salah dalam menentukan tujuan hidup akan merasa tidak tenang.
Mengapa tidak tenang? Kerana umumnya orang yang tidak mengetahui hakikat tujuan hidup yang sebenarnya, dia cenderung untuk menggantungkan tujuan hidup ini dengan sesuatu yang bersifat duniawi.
Padahal sesuatu yang bersifat duniawi adalah tidak kekal. Sehingga suatu masa apabila harta yang menjadi tujuannya tersebut gagal tercapai atau hilang musnah, maka dia akan  stress dan kekecewaan sehingga diakhiri dengan bunuh diri.
Allah berfirman di dalam Al-Qur’an bahawa tujuan manusia dihidupkan di muka bumi ini tidak lain adalah untuk beribadah kepadaNya.
“Aku tidak menjadikan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu” (Q.S. 51:56)
Kewajipan kedua, seorang hamba ialah harus memandang tuannya sebagai yang berhak mengatur dan memerintah dirinya. Sebagai kesannya dia harus patuh kepada semua perintah Tuannya.
Tentu tidak dibenarkan apabila seorang hamba mematuhi sebahagian perintah tuannya tetapi membangkang terhadap sebahagian perintah lain. Untuk dapat melaksanakan perintah tuannya tersebut, seorang hamba harus mempelajari dengan teliti apa yang dikehendaki dan dimahukan oleh tuannya.
Kewajipan ketiga seorang hamba adalah menghormati dan menghargai tuannya. Hambaharus mengikuti tatacara yang ditentukan tuannya dan harus  memberikan sikap hormat dan menyatakan sumpah setia pada saat-saat tertentu.
Inilah yang diperintahkan Allah melalui upacara ritual yang bernama solat. Dimana dalam solat tersebut kita diminta untuk mengucapkan sumpah setia lima kali dalam sehari.
Dalam solat tersebut kita juga diminta membaca  sebahagian surah Al-Qur’an supaya kita mengingati perintah-perintah Allah
Penutup
Kita sebagai wakil Allah yang mulia dimuka bumi, maka fasiliti yang diberikan untuk menyokong pelaksanaan tugas sehingga dapat dimanfaatkan oleh manusia. Allah juga memberi bekal rezeki yang cukup kepada manusia.
“Dan sungguh telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan lautan, Kami beri mereka rezki yang baik dan kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna di atas makhluk lain yang telah kami ciptakan” (Q.S. Al Israa’ : 70)

Friday, 4 October 2013

TIPS : Berjaya dalam HIDUP!

hi korang!!!
hari ini i nak share tips untuk berjaya dalam hidup...tak kiralah berjaya dalam kerjaya ke, pelajaran ke...apa-apa jelah and this is my version tapi tak tahulah if korang ada resepi kejayaan sendiri kan...

okay, lets check it out!

1. niat
nak buat apa-apa mesti kena ada niat kan...tapi make sure niat kita tu betul...awal-awal niat dah tak elok, susahlah nak berjaya...



2. plan & target
buat sesuatu tanpa target sama macam jalan tanpa arah tuju...dan tanpa plan yang betul, sesuatu yang kita rancang tu akan jadi lambat...contohnya,bila korang nak pergi 1 tempat tu dan korang tak tahu tempat tu kat mana...bila korang plan betul2, prepare maps ke apa ke...so perjalanan korang akan lagi cepat dan mudah kan...sama jugak dengan bila kita nak berjaya...



3. usaha
if korang sibuk letak target dan plan macam2 tapi tak usaha tak guna jugakkan...so, kena usahalah!


4. risiko
orang yang berjaya adalah orang yang berani mengambil risiko...janganlah nak duduk di zon selesa je...sesekali kena ambil risiko okay!


5. positif
sikap positif perlu ada bagi mengelakkan kita asyik mengeluh itu dan ini...dan kalau tiba2 dugaan datang,di sinilah positif itu diperlukan supaya kita lebih bersemangat!



lima step nak berjaya! nampak macam mudah je kan...tapi susahlah nak berjaya if kita sendiri tak betul2 yakin dengan diri kita dan hanya sekadar hangat2 tahi ayam je...

tu jelah nak share...
hopefully, membantu korang dan i untuk berjaya...
bye~ =)

Wednesday, 2 October 2013

Ayat-ayat Yang Boleh Menyebabkan Kita Jatuh Kafir Secara Tak Sedar

Antara contoh-contoh dialog yang boleh membuatkan kita menjadi Kafir dalam tak sedar :
1- Nabi Yusof smart, aku smart lebih sikitt dari Nabi. (Jatuh kapir)

2- Tak payah la simpan-simpan janggut, tak payah nak bersunnah-sunnah sangat lah, berselerak je muke aku tengok. (jatuh kapir)

3- Zaman Nabi mane ada Gillette, sebab tu la ada jambang. (Jatuh kapir)





4- Hudud dah tak sesuai zaman ni bro. (Jatuh kapir)

5- Senyum lah sikit, muka masam je dah macam malaikat mungka nakir dah aku tengok. (Jatuh kafir)

6- Sedarlah sikit yang selama ni kerajaan bagi rezeki pada kamu. (Jatuh kafir)

7- Aku dah isi borang murtad, tapi tak diluluskan mahkamah la pulak. (Jatuh kafir)

8- Emm. Kalau murtad mesti boleh buat maksiat kan? Macam best je. (Jatuh kafir)

9- Aku murtad dah, eh gurau je gurau je. (Jatuh kafir)

10- Jika ikut kaedah Islam, maka mundur lah negara kita ni. (Jatuh kafir)

"Barangsiapa MEMPERSENDA, MEMPERMAIN, MENAFIKAN sunnah Rasulullah dan ayat Kitabullah, maka dia kafir serta-merta" -Kitab Fiqhul Akbar: Karangan Imam Syafie.

P/S: Sekiranya pernah terucap dan berlaku pada diri sendiri, maka ucaplah balik Syahadah yg kuddus, selawat serta zikir - pesanan pada semua dan diri sendiri.

Tolong SHARE sekiranya input ini berguna untuk anda. Mungkin berguna juga untuk orang lain.
Poster Kuliah Ulama Syria, Sheikh Muhammad Ali Al Sobuni.

Tuesday, 1 October 2013

10 Tips Atasi Malas

1. Amalkan doa ini

Doa adalah senjata mukmin seperti mana Allah s.w.t telah berfirman yang mafhumnya:
“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.” (Ghaafir 40:60)
Allah s.w.t sendiri telah memberikan jaminan bahawa Dia nescaya akan memperkenankan doa hamba-hambanya. Sama ada cepat atau lambat hasilnya itu tidak penting, yang penting kita sebagai hamba melakukan apa yang telah Allah s.w.t sarankan kepada kita. Untuk atasi sikap malas eloklah kalau pelajar mengamalkan doa berikut:

“Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari kedukaan dan kesusahan, perasaan lemah, malas dan kebakhilan”.

2. Ingat matlamat atau sasaran anda

Anthony Robbins seorang pakar motivasi terkenal di Amerika telah menulis dalam bukunya, ‘People are not lazy. They simply have impotent goals - that is, goals that do not inspire them.’ Maksudnya, ‘manusia tidak malas. Mereka sekadar memiliki matlamat yang mati – iaitu matlamat yang tidak merangsang diri mereka’.
Persoalannya sekarang bagaimana untuk kita mempunyai matlamat yang merangsang diri?
- Kongsikan matlamat dan impian anda dengan orang lain - Mengunakan Teknik Visual (sila lihat bab Teknik Visual dalam buku ini).


10 minit je!

3. 10 minit keemasan!

Sekiranya anda malas maka cuba katakan pada diri anda bahawa anda bukan mahu belajar satu jam pun, tetapi anda hanya mahu belajar selama 10 minit sahaja. Tetapi syaratnya, dalam masa 10 minit ini anda MESTI berikan yang terbaik. Tumpuan anda mestilah 100%, anda juga perlu baca dan faham sungguh-sungguh dan buat catatan tentang apa yang anda baca. Anda juga perlu firkirkan kembali apa yang telah anda baca dan cuba ceritakan semula pada diri anda apa yang anda faham.

Selepas habis masa 10 minit itu, apa yang anda rasa? Saya yakin anda rasa sayang untuk berhenti belajar sebab ketika itu anda mula seronok dan sikap malas yang ada sebelumnya telah hilang. Sebab untuk atasi perasaan malas ini ia umpama keretapi yang bergerak dan menarik gerabak-gerabak. Pada peringkat awalnya keretapi perlukan momentum dan tenaga yang banyak dan bergerak secara perlahan. Semakin lama keretapi menjadi semakin laju, pergerakan semakin lancar dan ketika itu susah pula untuk berhenti.


Begitulah juga dengan belajar. Susahnya hanya pada beberapa minit awal sahaja. Tetapi kalau anda mula paksa diri dan lakukan 10 minit yang terbaik, insyaAllah perasaan malas akan pergi. Bagaimana pula kalau selepas 10 minit perasaan malas masih lagi wujud? Itu disebabkan anda tidak menggunakan 10 minit keemasan itu sebaik-baiknya. Maknanya anda kena ulang semula 10 minit tersebut sehingga anda berjaya atasi perasaan malas itu.



Dia pun pandai memotivasi diri! Aku? Mestilah lagi pandai! :)

4. Banyak membaca bahan motivasi

Di sini bukan bermakna anda perlu banyak membaca buku pelajaran tetapi sebaliknya banyak membaca buku-buku motivasi yang mampu mencetuskan pemikiran positif dan merangsang diri untuk berubah menjadi rajin. Setidak-tidaknya bacalah artikel- artikel motivasi yang pendek-pendek yang boleh anda cari dengan mudah dalam internet.

Baca juga kisah-kisah kejayaan orang lain kerana apa yang dibaca itu nanti mampu memberikan inspirasi untuk anda turut berjaya seperti mereka. Malah mungkin melebihi pencapaian mereka dan ini bukanlah sesuatu yang mustahil.



Kan senang ada jadual! ^_^

5. Susun dan mudahkan jadual belajar

Ada ketikanya anda rasa malas sebab hidup anda kelam kabut dan tidak teratur. Anda rasa terlalu banyak yang mahu dilakukan tetapi tidak begitu pasti apa yang banyaknya. Anda mahu siapkan tetapi tidak tahu yang mana satu mahu disiapkan atau dibaca dahulu sebab anda tidak pernah ada satu senarai kerja dan tiada sebarang jadual. Ambil masa untuk susun kerja anda dan buat jadual harian dan jadual belajar. 30 minit masa yang anda berikan untuk merancang boleh selamat sehari masa anda.


Tidur yang happy... ^_^

6. Rehat dan tidur yang cukup

Malas akan terbit apabila badan terasa lemah dan letih. Oleh itu rehat dan tidur yang cukup adalah satu cara yang boleh diambil bagi mengatasi rasa malas.


Poco-poco pun riadah kan..? Boleh keluarkan peluh! :)
7. Riadah

Ada ketikanya anda rasa malas sebab tiadanya aktiviti fizikal yang membolehkan darah dan oksigen berjalan lancar dalam badan. Cubalah libatkan diri dengan pelbagai aktiviti riadah dan anda pasti akan dapati tubuh badan yang segar menjana semangat belajar yang tinggi.


"Bagusss..." ^__^

8. Berkawan dengan orang yang positif

Tingkah laku dan sikap anda banyak dipengaruhi oleh kawan-kawan anda. Sekiranya anda berkawan dengan mereka yang positif, yang mahu belajar dan sering berbincang tentang pelajaran maka lama-kelamaan sikap positif ini akan mempengaruhi diri anda juga.


Trakea, bronkus, diafragma, bla3... (peliknya dalam BM)

9. Amalkan teknik pernafasan

Ada ketikanya anda rasa malas sebab oksigen yang dibekalkan ke otak berkurangan. Otak memerlukan 25% daripada bekalan oksigen yang dihantar ke badan untuk berfungsi dengan baik. Sebab itulah apabila kita baru sahaja selesai makan makanan yang berat seperti nasi maka diri terasa malas kerana sebahagian besar oksigen digunakan untuk menghadamkan makanan. Satu cara yang boleh dilakukan ialah tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan perlahan-lahan beberapa kali. Anda serta merta akan terasa lebih segar.


"Saya BOLEH!"

10. Suarakan kata jaya anda

Salah satu cara untuk anda mengatasi rasa malas ialah dengan cipta beberapa kata jaya untuk disarankan pada diri anda sendiri. Berikut adalah beberapa contoh katajaya:
- - - -
"Dimana ada kemahuan di situ ada jalan"
"Sesal dulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya"
"Gagal sekali bukan gagal selama-lamanya"
"Biar kalah bermaruah dari kalah menyerah"

Anda boleh cipta katajaya anda sendiri.

Oleh: Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad


*pesanan untuk diri sendiri yang kadang-kadang agak pemalas. :D

SABARLAH WAHAI HATI !!

KADANG-KADANG ALLAH TIDAK MEMBERIKAN APA YANG KITA MAHU, BUKAN KERANA KITA TIDAK BERHAK UNTUK PERKARA TERSEBUT.. TETAPI ,KERANA ALLAH TAHU KITA BERHAK MENDAPAT YANG LEBIH BAIK DARIPADA ITU...