.


Thursday, 19 December 2013

TIP : Doa Untuk Cepat Ingat pelajaran yang sedang belajar & selepas belajar

DOA PENERANG HATI , 

"Ya Allah jadikanlah aku dikalangan orang-orang yang apabila memandang bahan bacaan dengan sekali pandangan maka mereka sudah menghafal kandungan dalamnya , memahaminya , mengamalkannya dan menyampaikannya. 

Ya Allah sesungguhnya aku menyimpankan kepadaMu apa-apa yang telah Kau ajarkan kepadaku maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya dan janganlah Engkau melu
 pakannya."

Amalkan doa ini 3 kali sebelum mula belajar ketika selepas solat,
Tips : Jaga solat 5 waktu, hormat ibubapa dan guru serta menjaga pandangan dsb.

Tuesday, 17 December 2013

tanya DIRI , tanya IMAN

Wahai anakku,
Pada suatu hari, ada seorang lelaki melalui sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Dia tetiba dikejutkan dengan suatu cahaya cukup bersilau terang terpancar dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Pandangan itu sungguh cantik tapi juga merasa sedikit ketakutan dan berdebar.

Si lelaki terpegun seketika dan bertanya pada diri apakah kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa? Apakah ia seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi tuhan? Jika tidak, mengapa kuburnya bercahaya? Si lelaki memberanikan diri dan mengambil sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu kerana ingin melawat kubur itu keesokan harinya.

Wahai anakku,
Pada keesokannya, si lelaki itu datang menyelidik kubur siapakah yang sangat ajaib itu. Dibisik di hatinya, “Mesti allahyarham ini seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal…”

Si lelaki bertanya-tanya kepada orang kampung sekitar dan mendapati kubur itu adalah milik seorang lelaki tua yang meninggalkan seorang isteri di sebuah pondok di hujung kampung. Si lelaki tidak berputus asa dan terus menyelidik dan melawat rumah si mati. Di sana si lelaki terjumpa dengan isteri si mati dan diceritakannya perkara yang ajaib yang berlaku semalam.

Wahai anakku,
Mendengar cerita si lelaki, isteri si mati terasa aneh, terkejut dan kehairanan. Suaminya cuma seorang petani kecil. Tidak pernah seorang yang kaya, lagi bukan seorang ahli ibadah mahupun orang soleh. Juga bukan seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal yang disangka si lelaki. Malah menurut isteri si mati, suaminya tidak pandai membaca Quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca Quran.

Si lelaki cukup hairan dengan penjelasan isteri si mati. Apakah beliau bermimpi melihat cahaya di kubur itu? Takkanlah orang yang tak baca Quran boleh bercahaya di kuburnya.

Wahai anakku,
Namun lelaki itu tetap tidak berputus asa. Si lelaki inginkan mencari jawapan di sebalik cahaya di kubur itu dan bertanya apakah perkara-perkara aneh yang si mati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya.

Lalu, isteri si mati menjawab, suaminya akan mengambil wuduk setiap malam sebelum tidur, dan bersendirian di dalam bilik. Setelah seketika, isteri si mati baru sedar bahawa setiap malam suaminya selepas mengambil wuduk akan mengambil al-Quran di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.

Si isteri si mati turut berkata suaminya akan duduk dan membelek al-Quran itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca. Diraba-rabanya ayat-ayat Quran itu di atas Quran dengan tangannya, seolah-olah sedang menyentuh dan membelai sesuatu yang sangat dikasihi. Malah kata isteri si mati, dia pernah dikejutkan tengah malam oleh rintihan dan desakan tangisan suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.

“Tapi suamiku seorang yang buta al-Quran,” terang isteri si mati.

Wahai anakku,
Mendengar penjelasan isteri si mati, si lelaki bertambah hairan. Lalu si lelaki bertanya, apakah yang dirintihkan dan dinangiskan si mati. Isteri si mati menjawab:

“Tuhanku! ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimahMu. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.”

“Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimahMu. Aku tidak dapat bersahabat denganMu. Aku tidak dapat memahamiMu. Tapi aku sangat mengasihiMu. Aku sangat mencintaimu.”

“Wahai Kalam Allah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku di hadapan Tuhan di akhirat nanti.”

Malah, kata isteri si mati lagi, kadang-kadang suaminya tidak balik tidur bersamanya kerana tertidur di dalam bilik itu memeluk al-Quran dengan penuh erat.

Wahai anakku,
Mendengar penjelasan isteri si mati, si lelaki meminta izin untuk melihat al-Quran yang dimiliki suaminya.

Dibelek al-Quran itu, si lelaki terus bergenang air mata. Melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali cukup mengharukan. Dibisik di hati si lelaki, “Aku pun tidak sampai begitu membelek al-Quran.”

Si lelaki tidak dapat menahan air matanya apabila benar melihat ada bekas-bekas air mata di halaman Quran milik si mati. Benarlah apa yang diceritakan isteri si mati, suaminya sering menangis berjurai air matanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.

Di hati si lelaki, terus tersenyum kerana beliau dah jumpa jawapan mengapa kubur itu bercahaya. Hati si mati telah bersatu dengan roh al-Quran. Dia sangat mengasihi kalimah Tuhannya dengan sesungguhnya dan perkara ini boleh dirasai si lelaki selepas membelek al-Quran milik si mati. Sungguh mulia si mati ini. Ini bererti ia mengasihi Tuhan dengan seluruh jiwa dan raganya.

Wahai anakku,
Aku sengaja menceritakan ini kerana bimbang kamu merasai buku Quran teramat berat untuk dibuka untuk Ramadhan ini. Aku sangat berharap cerita di atas dapat membuka hatimu, menguatkan jiwamu dan meringankan tanganmu untuk mengangkat kalimah Allahmu untuk dibaca.

Wahai anakku,
Jangan sesekali kamu terpedaya dengan bisikan syaitan yang membisikkan perasaan malasmu untuk membaca Al-Quran. Syaitan terkadang menanam perasaan tidak pandai membaca untuk menjauhkan kamu dari Al-Quran. Sedangkan engkau membaca dengan mengeja satu-persatu diganjar pahala dua kali ganda oleh Allah.

Lantaran itu, berusahalah mempelajarinya. Jangan kamu merasa malu mempelajari Al-Quran, kerana tiada manusia dilahirkan dalam keadaan alim.

KASIH SEORANG AYAH



I LOVE U , AYAH !!! terima kasih atas segala pengorbanan dan keringatmu selama ini... bila teringat pasal ayah , mesti terasa sebak dalam diri. ayah sangat kuat. walaupun kita family sederhana je, tapi ayah tetap berusaha mencari rezeki untuk kita sekeluarga. teringat dulu, masa aku pergi ikut ayah ke ladang kelapa sawit. begitu susah melihat ayah mengait buah kelapa sawit. bayangkan la, pokok tu sangat tinggi. 
Ayah terpaksa menggunakan galah yang panjangnya 20 kaki untuk mendapatkan buah tersebut. aku hanya sekadar mampu melihat sahaja situasi tu. ketika aku leka melihat keadaan sekeliling, tiba-tiba ayah menjerit 
"Nadia, lariii !!! rupa-rupanya pelepah kelapa sawit mulai jatuh ke arah ku... Alhamdulillah..nasib ku baik kerana sempat mengelak daripada terkena pelepah itu..

Ayah seorang yang tegas dan berdisipin ,bila nak buat sesuatu mesti menepati masa.la almaklum la bekas seorang tentera la katakan. hehe..  contohnya, bila kami anak beranak lambat bersiap , mula la ayah akan membebel sorang-sorang.. huhu.. nak buat cane , anak2 dara kan ramai, msti la lambat nak bersiap..
apela ayah nie.. huhu..

kalau nak cerita pasal ayah memang banyak... 3 hari 3 malam belum tentu habis.. huhu.. tapi, nak dipendekkan cerita , bagi aku , ayah adalah seorang bapa yang sempurna di mata anak-anaknya... ayah sangat memahami anak-anaknya.. 1 sikap ayah yang aku dapat kenalpasti adalah bila ayah ada masalah terutama sekali mengenai kewangan ayah takkan cerita dekat sesiapa termasuklah mak.. 

AyAH selalu pesan dekat anak-anaknya , "belajar pandai-pandai , sebab dulu ayah n mak tak dapat kemudahan nak belajar cam sekarang, kalau ayah diberi peluang macam sekarang, dah lama ayah belajar bersungguh-sungguh untuk dapatkan pekerjaan yang lebih baik . " 

Kata Ayah lagi, " dulu kita di pandang rendah oleh jiran-jiran dan saudara-mara disebabkan kita ni hanya keluarga yang biasa-biasa.. ayah hanya mampu menahan rasa , ayah tahu ayah tak mampu berikan kemewahan seperti orang lain untuk keluarga kita.. 
ayah tak kesah pasal duit , biarlah ayah bersusah payah dahulu menggunakan segala kudrat yang ayah ada selagi termampu, sebab ayah harap hasilnya nanti akan dapat jugak bila anak-anak dah berjaya...


AYAH , NADIA JANJI AKAN BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH.. bukan untuk nadia jer, tapi untuk kita sekeluarga.. biar pun kita keluarga yang sederhana tapi kita kaya dengan kasih sayang sesama kita.. :)





Saturday, 14 December 2013

kahwin awal VS kahwin lambat

Topik yang cukup popular dikalangan remaja masa kini. Iaitu topik "Kahwin". Sebut sahaja pasal kahwin, semua senyum lebar sampai ke telinga. Tapi ada juga yang tak suka berbicara soal kahwin ni. Pantang orang tanya pasal kahwin. Pasti akan ada yang meroyan.

Maklumlah bukan semua orang suka ditanya soal kahwin ni. Alasan yang diberi biasanya belum ketemu jodoh. Oleh itu mari kita sama-sama mengulas berkaitan isu "Kahwin Awal vs Kahwin Lambat, Apa Puncanya?

Topik yang cukup popular dikalangan remaja masa kini. Iaitu topik "Kahwin". Sebut sahaja pasal kahwin, semua senyum lebar sampai ke telinga. Tapi ada juga yang tak suka berbicara soal kahwin ni. Pantang orang tanya pasal kahwin. Pasti akan ada yang meroyan.

Maklumlah bukan semua orang suka ditanya soal kahwin ni. Alasan yang diberi biasanya belum ketemu jodoh. Oleh itu mari kita sama-sama mengulas berkaitan isu "Kahwin Awal vs Kahwin Lambat, Apa Puncanya?

Jom kongsi sebabnya:

Bagi saya orang yang kahwin awal ni kebiasaannya mereka dah membuat persiapan rapi sebelum melayari bahtera perkahwinan, dan boleh dikatakan mereka ini majoritinya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab.

Ramai yang suka bila ada yang berbicara soal kahwin muda. Tapi kebanyakkannya hanya suka semata-mata sahaja. Mereka tidak sedar akan apa yang bakal mereka hadapi selepas kahwin. Maklumlah, perkahwinan itukan adalah dituntut dalam setiap agama.

Siapalah yang tidak suka berbicara soal kahwin. Nak-nak lagi pasangan yang asyik dilamun ombak cinta. Wah ala-ala "OMBAK RINDU" gitu.

Tapi sejauh mana bagusnya kahwin awal ni?

Jawapannya kena tanya pada hamba-hamba Allah yang dah kahwin awallah ya. Sebab saya pun tak pasti jawapan bagaimana yang harus diberikan kepada soalan itu. Ini kerana berdasarkan pengalaman ahli keluarga dan saudara yang kahwin awal. Majoritinya sukar untuk bertahan lama.

Ini kerana kebanyyakan yang berkahwin awal akan mula buat perangai selepas 1-3 tahun usia perkahwinan. Ambil contoh pasangan yang berkahwin di usia 18-22 tahun. Majoritinya berlagak bujang walaupun mereka sebenarnya dah berkeluarga (berkahwin). Situasi begini memang sering berlaku pada masa kini. Semuanya berlaku gara-gara terlalu ghairah untuk berumah tangga dan tiada perancangan yang rapi.

Bab kahwin lambat pula. Antara penyebab ramai yang kahwin lambat adalah disebabkan tiadanya komitmen dan belum mampu untuk memikul tanggungjawab. Ini kerana sesuatu perkahwinan itu bukan boleh dipandang remeh. Ianya memerlukan perancangan serta komitmen yang besar.

Kahwin Awal:

  1. Mereka berkahwin sebab mereka sudah bersedia untuk memikul tanggungjawabdan mereka juga sudah bersedia untuk memberikan komitmen yang sepatutnya.
  2. Modal untuk kahwin sudah mencukupi. Mereka bijak menguruskan aliran tunai mereka.
  3. Sudah sampai seru, jadi kahwin awallah. Buat apa nak tunggu lama-lama.
  4. Terlanjur dalam percintaan <-- yang ni adalah sebab musabab kenapa ramai pasangan kahwin awal.

Kahwin Lambat:

  1. Duit tak cukup lagi. Biasanya sebab wang hantaran tinggi bebeno katanya. (kenapa masa bercinta tak reti-reti nak kumpul duit? dah rancang nak kahwin baru sibuk nak cari duit untuk hantaran. Jadi siapa yang harus dipersalahkan?.).
  2. Belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami/isteri dan sebagai menantu. (he2 saya termasuk dalam golongan ini).
  3. Tiada komitmen dalam sesuatu hubungan percintaan.
  4. Terlalu memilih. (Yang ni bukan semua okay, hanya segelintir sahaja).
  5. Kena "REJECT" oleh keluarga bakal mertua. Yang ini base on my relative experience.

Kesimpulan:

Kahwin lambat atau cepat. Sebenarnya itu bukanlah kunci kepada kebahagiaan sesebuah mahligai yang dibina. Ini kerana kunci kepada kebahagiaan sesebuah mahligai adalah berdasarkan:
  1. Tanggungjawab.
  2. Komitmen.
  3. Persediaan dan perancangan.
  4. Niat.
  5. Sikap dan sifat / keperibadian setiap pasangan.
Saya lihat ramai yang tidak tahu merancang perkahwinan mereka dengan betul. Mojoritinya terlalu teruja hendak berumah tangga sampaikan sanggup berhutang demi memenuhi impian untuk membina mahligai bersama yang tersayang.

Awal-awal mungkinlah sayang, bahagia, dan gembira. Esok + lusa + tulat, yang wangi pun dikatanya busuk. Masa di awal perkahwinan tu memang semuanya indah belaka. Tapi jika berkahwin tanpa kunci-kunci diatas. Ianya akan bertukar menjadi"Penderitaan dalam kebahagiaan".

Tanggungjawab yang perlu dipikul dalam sesuatu perkahwinan:
  1. Tanggungjawab sebagai suami/isteri.
  2. Tanggungjawab sebagai menantu.
  3. Tanggungjawab sebagai ibu/bapa (ni bila dah ada cahaya mata).
  4. Tanggungjawab sebagai anak.
Orang bujang dengan yang dah kahwin. Besar bezanya tanggungjawab yang ditanggung. Kalau belum bersedia untuk memikul tanggungjawab, lebih baik buat persiapan diri dulu sebelum membuat keputusan untuk bernikah dengan anak DARA vs TERUNA orang okay. Jangan terlalu ikutkan nafsu semata-mata. Sekian, Terima Kasih.

Friday, 13 December 2013

DO’A UNTUK CALON IMAMKU

"Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh"



❥ Ya ALLAH..bukan hamba tak percaya dengan takdir-Mu, tapi hamba takut kehilangan Cinta-Mu..

❥ Maka hamba mohon izinkan hamba berdo’a untuk seseorang yang kelak menjadi Imam hamba meski hamba belum tau siapa Dia..?

❥ Ya ALLAH..Tambahkan ilmu agamanya supaya kelak dapat membimmbing hamba kearah tujuan yang satu..

❥ Teguhkan imannya ketika Kau mengujinya, Jaga dan lindungilah dia..

❥ Mudahkan jalan rezekinya supaya kelak dapat segera menjemput dan meminta hamba dari orang tua hamba..

❥ Lembutkankah tutur katanya agar kelak dapat membimbing hamba dengan kesabaran..

❥ Dan hamba mohon segerakanlah pertemukan kami disaat Engkau telah yakin bahwa kami telah siap dan mampu untuk mengikat janji dibawah Ridha-Mu..

❥ Jadikanlah ia pemimpin yang bijaksana yang mencintai hamba hanya kerana-Mu, serta yang menjadikan Rasullullah sebagai telandannya..

Aamiin Allahumma Aamiin 

Ohh SUKEM.....

Tamatlah sudah majlis penutupan sukem 2013/2014 yang telah berlangsung selama 3 minggu..
Perasaan sangat seronok dan bangga apabila Kolej Rahim Kajai berjaya mendapat tempat kedua keseluruhan sukem tahun ini.. Pencapaian yang agak memberangsangkan walaupun perbezaan 10 emas berbanding Kolej Aminuddin Baki... tapi , bagi aku , KRK tetap JUARA kerana semangat sepasukan tak pernah luntur dalam diri masing-masing.. GOOD JOB KAJAIANS..
TEAM NETBALL YANG AWESOME

TEAM PERBARISAN YANG SPORTING

with my best friend..we got silver medal in netball.. and gold medal in volley n volley beach

Thursday, 12 December 2013

TIPS BELAJAR & MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Berikut ini disenaraikan dua puluh kaedah belajar yang berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia peperiksaan.
Pertama – Tidak mensia-siakan biar pun seminit
Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.
Kedua – Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi
Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.
Ketiga – Gunakan masa awal pagi
Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.
Keempat – Buat nota ringkas
Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.
Kelima – Mengikut jadual sepenuhnya
Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.
Keenam – Mencuba soalan tahun lalu
Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.
Ketujuh – Ulang sebanyak kali yang boleh
Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akn dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.
Kelapan – Sentiasa bertanya kalau tidak faham
Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.

Kesembilan : Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah

Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.
Ke sepuluh : Mengunjungi perpustakaan
Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing.

Ke sebelas : Menjadi model dalam rumah

Jadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-adik lain. Beritahu mereka “Jangan membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada masa depan.” Semakin anda memberi galakan untuk mereka , semakin tinggi semangat anda untuk menjadi contoh kepada mereka. Apa yang anda serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri.
Ke dua belas : Imbangkan masa kokorikulum dan akademik
Jika anda berada dalam tahun peperiksaan , jangan terlalu menumpukan perhatian pada kokorikulum kerana ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik. Jika anda mahu berjaya dalam akademik, anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di rumah. Masa ulangkaji untuk SPM ialah dalam lingkungan 5 jam ke 6 jam sehari. Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin perlu berjaga malam atau bangun pagi.
Ke tiga belas : Belajar mengikut rentak sendiri 
Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan. Anda perlu mebgenal rentak sendiri dan pastikan anda mematuhi rentak tersebut. Jika anda seorang pelupa, pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang akan datang. Jika anda perlukan bimbingan tambahan , dapatkan tuisyen.

Ke empat belas : Persiapan minda sebelum ulangkaji 

Lelapkan mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak. Apa yang anda hendak capai. Apakah corak hidup yang anda hajatkan. Apakah yang hendak anda berikan kepada ahli keluarga serta ibu bapa anda sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih. Adakah anda berhajat hendak mengharumkan nama keluarga dan negara anda ? Apakah kejayaan peringkat remaja yang membanggakan diri anda dan keluarga anda? Bila anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda. Anda bukan sekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang baik dan berkualiti.
Ke lima belas : Elakkan gangguan emosi
Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan. Beritahu diri anda , “saya tidak relakan masa depan saya tergadai oleh okr yang remeh-temeh ini.” Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas . Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan. Anda boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar lebih menyelerakan (jika sesuai).

Ke tujuh belas : Rancangkan jadual ulangkaji setahun
Tetapkan ulangkaji anda sehingga bulan September. Sebulan sebelum peperiksaan , anda perlu siap ulangkaji. Pastikan setiap mukasurat dibaca, dan setiap soalan dijawab. Ini boleh dilakukan dengan membahagikan bilangan mukasurat buku dengan bilangan hari yang ada. Jika anda gagal mengulangkaji mukasurat berkenaan pada hari yang ditetapkanm pangkahkan dengan besar menggunakan pensil. Pastikan anda membaca mukasurat ini sebelum peperiksaan tiba. Tapi, sebelum anda membaca mukasurat yang terhutang, pastikan anda telah siap ulangkaji mukasurat yang ditetapkan untuk hari tersebut.
Ke lapan belas : Belajar menyesuikan diri dengan semua keadaan
Biar pun rumah anda bising, panas atau kurang selesa; ia tidak menjadi penghalang untuk anda mengulangkaji. Kadang-kadang , kita perlu belajar menyesuikan diri dengan kekurangan yang ada. Semakin mencabar keadaan anda , semakin besar ujian ketahanan diri anda. Beritahu diri anda , “biar apa yang berlaku, saya tetap dapat menjalankan tugas saya kerana saya seorang yang tahan lasak.”
Kesembilan beLas : Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan dengan anda 
Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan anda tidak suka belajar. Mereka cuba mempengaruhi anda dengan seribu satu jenis kegiatan yang hanya membuangkan masa anda. Berani berkata “tidak” dan menolak mereka dengan lembut. Jangan sekali-kali menjadi mangsa kepada mereka kononnya anda tidak mahu melukakan hati mereka. Jika anda mengikut rentak mereka, anda akan melukakan masa depan sendiri.
Kedua puluh : Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuan
Jangan mengukur prestasi anda kerana tidak menampakkan kemajuan yang nyata dalam keputusan peperiksaan sekolah. Setelah berbulan-bulan anda bertungkus-lumus, anda mungkin mahu kemajuan dalam keputusan sekolah. Sebenarnya, penilaian sekolah tidak menggambarkan anda pasti akan lulus atau gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Teruskan usaha dan jangan berhenti.

Kesimpulan 
Belajar adalah suatu seni. Jika anda tahu menguasai seni tersebut , anda boleh berjaya biar pun diri anda mempunyai beberapa kekurangan. Semoga lembaran ini menguatkan ikhtizam anda untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam pelajaran.

Tuesday, 26 November 2013

KEM ANAK KAJAI 3.0

Berakhir sudah KEM ANAK KAJAI 3.0 yg berlangsung pada 21 nov hingga 24 nov 2013...
hm.. tlalu banyak experience yg aku dapat bila join program nie.. tapi agak tkilan juga la sebab  x dapat beri komitmen sepenuhnya kt kem ni.. hurm..tp, seriusly, trse skejap sgt mse blalu .. x puas asenye nak mengenali bbudak tu..huhu..
but, apa pun well done korang sebab dah perform yang tbaek... n program ni jgk dah myatukan kte smua.. drpada x kenal , trus kenal.. haha.. tbaek la korg ..
WE ARE KAJAIAN'S .. NONE BUT THE BEST

Saturday, 16 November 2013

KEKAL CANTIK WALAU SEMAKIN MENINGKAT USIA

Petua Untuk Awet Muda Cara Islam

Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Petua 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.

Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

Petua 4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Petua 5 : Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.

Petua 6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.

Petua 8 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. *ni kalau kalian ada air telaga la yer.

Petua 9: Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

Thursday, 14 November 2013

Kelebihan VS Kelemahan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

minggu nie aku terasa tersangatlah stress , down ,serabut dan macam2 lagi la..
hanya Allah je yg tahu apa yang aku rasa sekarang.. aku baru je lepas exam midterm , terasa diri ini terlalu cetek ilmu pengetahuan..jawab soalan pun tak berapa confident..
 adakah aku sudah berubah menjadi seorang yang PEMALAS ?? 
Ohh.. TIDAKKK ! hopefully , i'm not ! hurmm...

NOTE :
> berusaha selagi ada masa..
> selalu perbaiki diri..
> jangan rasa diri tu dah ckup bagus , sikap rendah diri tu penting !
> confident level jgk penting dalam mbuat apa jua bidang


Saturday, 9 November 2013

mutiara kata



Berkenalanlah dengan Allah pada waktu senang, nescaya Allah akan kenal kepada engkau pada waktu susah...


Bemuafakatlah dengan diri anda sendiri sebagaimana anda bermuafakat dengan kawan tatkala hendak menentukan arah tujuan...


Manusia yang pintar ialah manusia yang mengambil ikhtibar daripada sesuatu dilihatnya dan menerima nasihat yang didengarnya..

Orang yang berakal tetapi tidak mempunyai adab, seumpama pahlawan yang tiada senjata...

kecantikkan yang abadi ialah pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan pada wajah dan pakaiannya...

RENUNGAN UNTUK SEMUA......

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

Sunday, 3 November 2013

WARNA BIRU KEGEMARANKU...

BIRU
-->MELAMBANGKAN KEJUJURAN DAN KEMULIAAN
-->MELAMBANGKAN PERASAAN DAN EMOSI SEORANG LELAKI


BIRU MUDA
 -->DIKAITKAN DENGAN PERASAAN KASIH DAN SAYANG
 -->MELAMBANGKAN KELEMBUTAN HATI SEORANG PEREMPUAN

BIRU TUA
 -->MELAMBANGKAN RAJIN DAN BERDEDIKASI
 -->WARNA INI DIGUNAKAN SEBAGAI WARNA KORPORAT

BIRU TURQUOIS
--> MELAMBANGKAN WARNA KEHENDAK PERTUMBUHAN SPIRITUAL DAN KETEGANGAN
-->  MERUPAKAN WARNA YANG PALING SESUAI  UNTUK MEMBUAT
     SEBARANG KEPUTUSAN YANG PENTING
      CONTOHNYA: WARNA INI SERING DIGUNAKAN
OLEH AKAUNTAN
 TURUT MELAMBANGKAN KESEDIHAN

Tuesday, 29 October 2013

FRIEND UNTIL JANNAH

Assalamualaikum kawan-kawan..
pagi yg cukup indah di UKM nie, cuaca yg x bpe panas , redup je..
hm.. hari ni Nad nak cte sdkit pasal "KAWAN"...
Semua org ada kawan , tp , kwn yg sggup bsusah senang bsama tu tsgtlah jarang untuk kte dapat..
knp jadi mcm tu ea???
Mungkinkah sbb kita ni terlalu PENTINGKAN DIRI SENDIRI??? xnak tbeban dgn mslh org laen??
hm....

Nad ada tbaca dalam satu artikel nie...katanya :
Berhati-hatilah dalam memilih kawan, kerana kawan boleh mencerminkan peribadi seseorang. Sebaik baiknya, berkawanlah kerana Allah untuk mencari redhaNya.
selari dengan hadith Rasulullah SAW,
Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya. ~ Hadis riwayat Abu Daud
Bagaimanapun, apabila kita memilih kawan, ada yang ‘mengecop’ kita pilih bulu dan perasan bagus. Tak kurang juga yang mengkritik tindakan seumpama itu dengan mengada-ngada serta tidak wajar dijadikan amalan.
Namun hakikatnya, faktor memilih kawan amat dititik-beratkan dalam agama kita. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang mulia, kerana kawan atau sahabat memainkan peranan dalam membentuk personaliti individu. Maka, carilah kawan baik yang cara hidupnya selari dengan petunjuk al-Quran dan al-Sunnah. Tetapi dalam kita mencari kawan yang baik, kita seharusnya terlebih dahulu memperbaiki diri sendiri dan menjadi kawan yang ‘terbaik’ untuk sesiapa yang menjadi kawan kita. Barulah fair!
Dalam artikel ,berikut adalah 5 tips dalam memilih sahabat yang dipetik dari kitab Hidayatul Salikin
  1. Pilih kawan  yang berakal. Berkawan dengan orang yang jahil akan menimbulkan persengketaan.
  2. Baik dari segi peribadi dan akhlaknya. Elakkan bersahabat dengan orang yang jahat dan buruk perangainya kerana ianya akan mempengaruhi kita.
  3. Orang yang soleh. Jangan berkawan dengan orang yang fasik kerana ianya akan sentiasa mengekalkan dosa yang besar dan kecil.
  4. Jangan berkawan dengan orang yang sangat kasih pada dunia. Kasih pada dunia di sini bermaksud sesuatu perkara yang bertentangan dengan suruhan Allah. Jika berkawan dengan orang yang sebegini, dia akan terikut-ikut dengan tabiat rakannya.
  5. Orang yang benar perkataannya. Janganlah suka berkawan dengan orang yang suka berdusta. Orang yang suka berdusta itu tidak dapat dipercayai agama dan dunianya. Demikian itu akan membawa kepada kebinasaan dunia.
Kita boleh berkawan dengan sesiapa sahaja. Namun untuk mengangkat seseorang sebagai BFF, perhatikanlah sungguh-sungguh agamanya. Pilihlah kawan yang baik yang boleh mendorong kita mencapai kebahagiaan di dunia mahupun akhirat, bukan kawan yang membantutkan usaha kita ke arah itu dan melalaikan kita kepada Maha Pencipta.

Saturday, 26 October 2013

SHARING IS CARING ( ISLAM ITU INDAH)

ASSALAMUALAIKUM... 
hai kawan-kawan.. hari nie Nad nak share sikit info mengenai amalan yg boleh di lakukan oleh WANITA ketika sedang haid... simple jer benda nie , xsusah pun.. hope kita sama-sama dapat amalkan.. 
JOM SAMA-SAMA BERUBAH..
in syaa ALLAH..




Friday, 25 October 2013

hati seorang WANITA

Allah menciptakan kaum kita dengan hati yang dihiasi dengan kelembutan.
Hati yang diselaputi dengan kesabaran.
Hati yang tahan untuk disakiti.

Hati yang belajar erti taat dan setia.

Dengan kelembutan hati wanita lah yang dapat mententeramkan jiwa lelaki
yang dipanggil suami
Dengan kesabaran hati wanitalah yang dapat mendidik anak-anak hingga dewasa
Dengan hati wanita lah yang dapat menahan segala karenah anak dan
suami walau disakiti
Dengan hati inilah wanita mencurahkan segala kasih sayang dan
kesetiaan yang tidak
berbelah bagi kepada seorang suami.
Muslimah sekalian,
Sedarkah kita secara fitrahnya Allah menciptakan kita dengan hati yang kuat.
Terkadang emosi kita yang lebih menguasai hati membuatkan kita lupa
betapa tabah dan kuatnya hati ini.
Betapa cantik dan indahnya Allah ciptakan wanita itu dengan kelembutan
dan kekuatan yang ada pada kita.
Bertambah cantik lagi seorang wanita yang menghiasi emosi dan hatinya
dengan cinta kepada Illahi.
Wahai wanita,
Jika kita sedar betapa kuat Allah ciptakan kita,janganlah kita mudah
jatuh pada satu ujian yang diberiNya.
Emosi yang dianugerahkan Allah kepada kita adalah tanda betapa hati
wanita ini sangat peka.
Peka dengan kehendak dan hati sang suami dan anak-anak.
Bukan tanda kelemahan tetapi sebagai pelengkap dalam rumahtangga.
Jika kita jatuh hari ini,bangunlah.
Jangan pernah dikesalkan.
kerana
Hari ini mengajar kita tentang hari esok.
Agar pengalaman hari ini membuat kita lebih bersedia dan lebih
mengingatiNya pada perjalanan kita yang seterusnya.
Insyaallah.

Friday, 18 October 2013

Insan yg bergelar HAMBA ALLAH






 Ya Allah, jika aku jatuh cinta, 
cintakanlah aku seseorang yg melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu..
    Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu..
Ya Allah, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yg hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dlm jurang cinta semu..
Ya Rabbi, jika aku jatuh hati,
 jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu..
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yg merindui syahid di jalan-Mu..
Ya Allah, jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu..